Kamis, 17 Desember 2009

Forex Trading Strategy

Sasaran kamu dalam urusniaga ialah beli pada harga rendah kemudian jual pada harga tinggi. Sebagai contoh kamu boleh beli satu instrumen pasar (kuantitinya 10000) pada harga 1.2349 dan kemudian jual pada harga 1.2458. Kamu membuat keuntungan sebanyak 109 (dalam matawang dimana instrumen itu dinominasikan).


Pedagang membuat keputusan menggunakan laporan perniagaan, dasar ekonomi, faktor teknikal dan maklumat berkaitan yang lain. Pedagang teknikal menggunakan carta, garis kecenderungan trend lines, tahap sokongan support dan tahap anjal resistance, dan beberapa pola dan analisa matematik untuk mengenal pasti peluang jualbeli, sementara ahli dasar-dasar ekonomi atau fundamentalist meramalkan pergerakan harga dengan mentafsirkan pelbagai maklumat ekonomi, termasuk berita, laporan dan petunjuk yang dikeluarkan oleh kerajaan, malah khabar angin. Bagaimanapun pergerakaan harga paling dramatik berlaku bila peristiwa yang tidak dijangkakan berlaku. Peristiwa itu meliputi daripada kenaikan kadar faedah tempatan atau domestic interest rates hingga ke keputusan pilihanraya atau juga aksi peperangan. Walaubagaimanapun kebiasannya jangkaan terhadap peristiwa itu yang mengerakkan pasar berbanding peristiwa itu sendiri.


Posisi Long (beli kemudian jual) dan posisi Short (jual kemudian beli) adalah: Posisi Long rengkasnya adalah dimana peniaga membeli instrumen pasar pada satu harga dan dengan tujuan untuk menjualnya kemudian pada harga yang leibh tinggi. Dalam senario ini, peniaga mendapat keuntungan daripada pasar yang meningkat. Posisi short adalah dimana peniaga menjual instrumen pasar dengan jangkaan ianya akan menurun. Dalam senario ini, peniaga mendapat keuntungan daripada pasar yang sedang menurun.

Tidak ada komentar: